Unwanted helper.

Perkara paling sukar untuk kita buat untuk seseorang ialah menolong orang yang tak nak dirinya ditolong.

Kadang-kadang boleh pening dan kita pulak yang jadi down. Why are you shouting for help if you don't want to be helped? Or are you just an attention seeker? Pernah tak rasa camni atau fikir camni? Kasar tapi normal.


Bagi bonda orang seperti ini sememangnya mahu ditolong. Cumanya dia mahukan jalan mudah. Dia mahukan fast result. Dia seorang yang sukar menerima yang usaha itu tangga kejayaan. Lemah mentalnya.

Tapi realitinya begitu. Tiada yang mudah. Tiada yang tidak perlukan usaha.

Kalau kira nak berputus asa, lebih ramai yang lebih layak. Sepatutnya kita bersyukur bila ada yang ingin menolong bila kita memerlukan. Banyak lagi suara meminta tolong tapi tidak didengari.

Bagi yang tetap mahu menolong yang tidak mahu ditolong ini, beberapa perkara yang perlu kita tanamkan dalam diri:

1. Allah sebaik-baik Penolong. Jika nasihat kita, saranan kita tidak diendahkan kembalikan kekecewaan kita kepada ALLAH dengan berdoa agar dibuka hati orang tersebut. Hati manusia itu adalah diluar bidang kuasa kita.

2. Ikhlaskan memberi tolong. Ikhlas ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Ya lakukan itu. Hati kita jugak akan tenang. insyaAllah

3. Lakukan kerana ALLAH. Samada berjaya atau tidak, setiap pekerjaan yang dilakukan kerana ALLAH itu adalah ibadah.

4. Sedar dan terima bahawa menolong itu kewajiban kita, tetapi menerima pertolongan itu bukan kewajiban dia.

Moga kita sentiasa dibukakan hati untuk memberi pertolongan. Sometime we help to helped. We cure to be cured. Right?

Kalau ada tips lain silakan share moga bermanfaat.





Comments

Popular Posts